Nabi Ismail AS

Sampai Nabi Ibrahim yg berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternaknya dan harta miliknya yg telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.berkata:
Pertama-tama yg menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan utk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yg telah lama berkumpul dgn Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yg disembunyikan itu dgn lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorg isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorg dayangnya yg diberikan kpd Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar krn merasa sgt gembira dgn puteranya yg tunggal dan pertama itu, hal ini yg menyebabkan permulaan ada keratakan dlm rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat.

Utk sesuatu hikmah yg belum diketahui dan disedari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kpdnya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan di tempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan.
Maka dgn tawakkal kpd Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yg diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan yg tertentu. Ia hanya berserah diri kpd Allah yg akan memberi arah kpd binatang tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dgn tiga hamba Allah yg berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari dgn pedihnya menyengat tubuh dan angin yg kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir.

Ismail dan Ibunya Hajar Ditingalkan di Makkah

Setelah berminggu-minggu berada dlm perjalanan jauh yg memenatkan tibalah pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabah didirikan dan menjadi pujaan manusia dari seluruh dunia. di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan disitulah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dgn hanya dibekali dgn serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yg terlihat hanyalah batu dan pasir kering . Alangkah sedih dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorg diri bersama dgn anaknya yg masih kecil di tempat yg sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yg kosong itu, tiada seorg manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yg kecil yg masih menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya seorg diri di tempat itu bersama puteranya yg sangat disayangi akan tetapi ia sedar bhw apa yg dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yg tentu mengandungi hikmat yg masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dlm tempat pengasingan itu dan segala kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kpd Hajar :

"Bertawakkallah kpd Allah yg telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kpd kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yg memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yg akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yg sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorg diri bersama puteraku yg sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bhw Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu utk selamanya, insya-Allah."

Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan genggamannya pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya kembali ke Palestin dgn iringan air mata yg bercurahan membasahi tubuh Ismail yg sedang menetak. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali ke Palestin di mana isterinya Sarah dgn puteranya yg kedua Ishak sedang menanti. Ia tidak henti-henti selama dalam perjalanan kembali memohon kpd Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki bagi putera dan ibunya yg ditinggalkan di tempat terasing itu. Ia berkata dlm doanya:" Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu { Baitullahil Haram } di lembah yg sunyi dari tanaman dan manusia agar mrk mendirikan solat dan beribadat kpd-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kpd mrk dan berilah mrk rezeki dr buah-buahan yg lazat, mudah-mudahan mrk bersyukur kpd-Mu."

Mata Air Zamzam

Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yg terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yg telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya dgn kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindungan-Nya. Bekalan makanan dan minuman yg dibawanya dalam perjalanan pada akhirnya habis dimakan selama beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim. Maka mulailah terasa oleh Hajar beratnya beban hidup yg harus ditanggungnya sendiri tanpa bantuan suaminya. Ia masih harus meneteki anaknya, namun air teteknya makin lama makin mengering disebabkan kekurangan makan .Anak yg tidak dapat minuman yg memuaskan dari tetek ibunya mulai menjadi cerewet dan tidak henti-hentinya menangis. Ibunya menjadi panik, bingung dan cemas mendengar tangisan anaknya yg sgt menyayat hati itu. Ia menoleh ke kanan dan ke kiri serta lari ke sana ke sini mencari sesuap makanan atau seteguk air yg dpt meringankan kelaparannya dan meredakan tangisan anaknya, namun sia-sialah usahanya. Ia pergi berlari harwalah menuju bukit Shafa kalau-kalau ia boleh mendapatkan sesuatu yg dapat menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yg didapatnya disitu, kemudian dari bukit Shafa ia melihat bayangan air yg mengalir di atas bukit Marwah dan larilah ia berharwahlah ke tempat itu namun ternyata bahawa yg disangkanya air adalha fatamorgana {bayangan} belaka dan kembalilah ke bukit Shafa krn mendengar seakan-akan ada suara yg memanggilnya tetapi gagal dan melesetlah dugaannya. Demikianlah maka krn dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yg sangat disayangi, Hajar mundar-mundir berlari sampai tujuh kali antara bukit Shafa dan Marwah yg pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dlm keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya:" Siapakah sebenarnya engkau ini?" " Aku adalah hamba sahaya Ibrahim". Jawab Hajar.
" Kepada siapa engkau dititipkan di sini?"tanya Jibril." Hanya kepad Allah",jawab Hajar.Lalu berkata Jibril:" Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kpd Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yg akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kpd-Nya."

Kemudian diajaklah Hajar mengikuti-nya pergi ke suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yg jernih dgn kuasa Allah .Itulah dia mata air Zamzam yg sehingga kini dianggap keramat oleh jemaah haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut org " Injakan Jibril ".
Alngkah gembiranya dan lega dada Hajar melihat air yg mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dgn air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yg merasa sgt bahagia dgn datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yg mengembalikan kesegaran hidup kpdnya dan kpd puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yg mencekam dada.

Mancurnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi daerah itu menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yg merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dr pengalaman bhw di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawanya terdapat air, maka diutuslah oleh mrk beberapa org utk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kpd kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam ,dimana kedatangan mrk disambut dgn gembira oleh Hajar krn adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yg akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yg selama ini dirasakan di dlm hidupnya berduaan dgn puteranya saja.

Hajar bersyukur kpd Allah yg dgn rahmatnya telah membuka hati org-org itu cenderung datang meramaikan dan memecahkan kesunyian lembah di mana ia ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.



Nabi Ismail Sebagai Qurban

Nabi Ibrahim dr masa ke semasa pergi ke Makkah utk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kpd puteranya yg ia sayangi serta menenangkan hatinya yg selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yg ditinggalkan di tempat yg tandus, jauh dr masyarakat kota dan pengaulan umum.
Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bhw ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorg nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yg diterimanya dlm mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yg maha berat yg ia hadapi. Sebagai seorg ayah yg dikurniai seorg putera yg sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorg putera yg telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorg putera yg diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oelh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorg Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yg seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dlm bertaat kpd Allah ,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kpd Allah di atas cintanya kpd anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yg diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yg akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.
Sungguh amat berat ujian yg dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dgn firman Allah yg bermaksud:" Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dgn perintah Allah yg telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah utk menemui dan menyampaikan kpd puteranya apa yg Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yg soleh yg sgt taat kpd Allah dan bakti kpd org tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yg telah diperintahkan oleh Allah kpdmu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorg yg sabar dan patuh kpd perintah. Aku hanya meminta dlm melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yg akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yg terakhir sampaikanlah salamku kpd ibuku berikanlah kpdnya pakaian ku ini utk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:" Bahagialah aku mempunyai seorg putera yg taat kpd Allah, bakti kpd org tua yg dgn ikhlas hati menyerahkan dirinya utk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yg mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yg sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yg tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yg mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorg ayah di satu pihak dan kewajiban seorg rasul di satu pihak yg lain. Pada akhirnya dgn memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yg sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yg menegaskan bhw perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kpd Allah. Ternyata keduanya telah lulus dlm ujian yg sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yg tulus dgn pergorbanan puteranya. Utk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dlm memperagakan kebaktiannya kpd Allah dan kpd org tuanya dgn menyerahkan jiwa raganya utk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bhw parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kpd ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku krn melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku."Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dlm keadaan bingung dan sedih hati, krn gagal dlm usahanya menyembelih puteranya, datanglah kpd Nabi Ibrahim wahyu Allah dgn firmannya:" Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas org-org yg berbuat kebajikkan ."Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yg telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dgn parang yg tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yg dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.


kisah nabi adam as dan hawa
kisah nabi hud as
kisah nabi muhammad saw part-1 arab pra islam
kisah nabi muhammad saw part 2 mekah kabah

kisah nabi muhammad part 3 kelahiran
kisah nabi muhammad part 4 perkawinan 
kisah nabi muhammad part 5 masa kerasullan

kisah nabi per peristiwa

kisah nabi idris as melihat surga dan neraka
kisah nabi idris as dengan malaikat
nabi-idris-as manusia pertama yang menuis dengan pena
istri dan putra nabi nuh pun tenggelam
nabi nuh lebih dari 950 tahun berdakwah

Komentar