Saiyidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan shalat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid didapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti
Saiyidina Ali turut serta solat berjemaah.
Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah “Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini”. Jawab Rasulullah ” Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak i’tidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal”.
Mendengar jawaban Rasulullah, Saiyidina Ali
menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi.
Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti
Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta shalat subuh berjamaah. Ada juga
diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat
Mika’il supaya menahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat
subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali
meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.
Sumber : Buku Kumpulan Carita Pinilih. Alaydrus Jakarta. Tanpa tahun
Fimadani.com
Komentar
Posting Komentar